Want your
own Fotopage?








 
*I am Iman Yusrina*
Iman Yusrina, Daughter of Yusaini & Izlawanie
By: Ibu Ayah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 23-Jul-2008 01:41 Email | Share | | Bookmark
Life in KB

 
 
 
 
 
Kat KB, kita duduk kat Berek 12, sounds weird, but, there is a place by the name of that. Rumah tu pun, Ibu and Ayah jumpa bila tanya2 dgn kawan2 ofis... Sebelum tu, Ibu and Ayah penat carik rumah serata KB dengan Pak Pin and Aunty Jamiah... thanks Pak Pin and Aunty Jamiah

kat KB, of course cuaca nya lain sangat... panas sket sebab dekat dgn pantai. tapi, nak tak nak, redah jelah... Ibu and Ayah ni dahlah x pernah berenggang dgn family... so, inilah masanya Ibu and Ayah belajar macam mana nak hidup berdikari... Ibu and Ayah masak, pegi pasar, pegi barang2 dapur n paling susah nak adjust adalah bila cuti hari Jumaat, Sabtu... hari Ahad keje... xleh nak tengok Melodi lah, Nona lah, hindustan lah... cerita2 hari Ahad... so, selalunya bila Jumaat Sabtu, Ibu and Ayah pegi jalan2, ke mana? ke KB Mall jelah.... mana lagi boleh pegi? kitorang adalah pegi pengkalan kubor, rantau panjang, saje jalan2 tengok2 tempat2 kat kelantan ni...

Makanan kat KB, mula2 tu... memang lah susah nak masuk... manis lah, rasa nya peliklah... kalau pegi pasar malam... mmg x beli apa2 sebab kuih muihnya mcm pelik sket... ada pernah sekali beli kuih apa ntah, rasanya x sedap, lepas tu Ibu and Ayah buat keputusan xyahlah pegi pasar malam... xde apa yang boleh dimakan... baik masak....

Ayah mmg ada kepakaran memasak... sebut apa saja... mi goreng mamak, nasi lemak, char kue teow (halamak Yang, I really miss your char kee teow with udang manis tu... huhuhu...) nasi goreng kampung, cakap saje... Ayah akan berusaha memasaknya...glad to have you darling... mmmmuuah.... thank you... so, biasanya Ibu and Ayah masak jelah... kalau rajin, masak pagi and bawak bekal gi kerja.... jimat...

Nenen Ani kekadang datanglah jugak datang ke KB. Maklumlah nenek Ani mmg suka betul kelantan ni... nek Ani kata kat kelantan banyak makanan sedap2... Ibu and Ayah masa tu confuse gak, apa makanan yang sedap2 kat kelantan ni? maklumlah skeptics... tapi, setelah beberapa bulan, barulah yang kitorang tersedar bahawa kelantan mmg banyak makanan yang sedap. Nasi kukus Zakini!!! ya Allah, sedap babe!!! ayam goreng panas2, dengan sambal belacan, with pegedil and pajeri nenas, perghh,,,, sedapnya... how miss the food now, huhuhu... lagi satu, ada makcik kat depan pasar siti khadijah, jual nasik bungkus. nasi + ayam @ ikan + timun jeruk = RM2 jer. mana nak carik nasik murah macam ni? ayam boleh tahanlah besar, nasi pun banyak gak lah, seeeeeeeeeeeedap plak tu... sedap2, sedap....

Iman pun dapatlah tempias makanan2 yang Ibu makan tu... Iman pun membesar dalam perut dgn makanan2 kelantan.... Masa kat KB, adalah kawan2 Ibu jumpa Ibu mcm Aunty Ogie (dia kawin dgn org kelantan, Mr Haq!!) and Aunty Akmalia (dia nak fly pegi NZ, kena pegi kelantan sebab nak buat medical check up)... inilah wajah2 Ibu and kawan2.... yang budak kecik tu namanya Adelia, anak aunty Akmalia. so cute... Nama tempat makan ni: Yati Ayam Percik


Add comment


Wednesday, 23-Jul-2008 01:03 Email | Share | | Bookmark
The story of Ibu

 
 
 
 
 
 
Bila Ibu and Ayah kahwin, Ibu ingat nak dapat anak "lambat" sikitlah sebab Ibu and Ayah bercinta selepas berkahwin Tapi, Ayah OK jer nak dapat anak awal-awal sebab dalam family Ayah, belum ada yang kahwin lagi masa tu, so, it will be great for Nek Sun to have a grandchild and it would be marvellous for Mak Su, Mak Long and Pak Ngah to have a niece/nephew.


So, after 10 months of waiting (uissh, lama betul rasanya ni...) barulah Ibu pregnant. Mula-mula tu adalah simptom sikit. Ibu demam and selsema yang teruk. Sampai hingus tu ada bakteria, ada keluar kuning pekat sket... (eh, should I tell this? xpelah... hope xde yang muntah bila baca ni...) And then, macam pening2 bila naik kereta. Tapi, buat tak tau jelah dulu. Until one day, nenek Ani nak pegi MAHA (alaaa yang ada jual pokok2 lah, ada ternakan kambing, lembu, b***, lah, etc... tu) kat UPM. Sebelum pegi Ibu rasa macam sakit perut jer... So, Ibu buat appointment petang kat pakar puan di Az-Zahrah. Dekat MAHA tu ya Allah, penat betullah. Dengan panas nya, dengan ramai orangnya, masyaAllah... Bila panas2 tu, Ibu and Ayah pun minumlah jeli kelapa, yaAllah sedap betullah jeli tu...sejuk, manis mmmmm nyam nyam...

Lepas habis MAHA tu, teruslah kat pegi Az-Zahrah, dah lupa apa nama doktor tu... Lepas tu Ibu katalah, "Doktor, saya selalu rasa sakit perut lah, lepas tu naik kereta ada rasa pening2 sket, p***** pun dah dekat 2 minggu tak datang... tapi, doktor, saya xdelah mengharap sangat, I just want to check whether I'm OK or not". lebih kuranglah bunyi dialog ni... Ibu xnak lah mengharap sangat yang Ibu mengandung sebab adalah terjadi sekali yang Ibu and Ayah dah mcm excited yang Ibu mengandung, tapi, at the end xde pun...

So, doktor tu pun terus je scan perut Ibu, and doktor kata, "nampak tak kantung tu.." Ibu and Ayah tengok, "ha, nampak..." (dalam hati berdebar2 ni...)... "ini lah baby tu..." ini dialog salah rasanya... Ayah, correct Ibu if Ibu was wrong... tapi, lebih kurang macam tulah... and confirmlah Ibu mengandung, alhamdulillah

That was the day yang amat menggembirakan Ibu and Ayah. And baru kitorang tersedar yang Ibu dah minum jeli kelapa tadi...Orang kata air kelapa x elok utk orang ngandung... So, Ibu and Ayah berdoa jelah semoga baby Ibu and Ayah selamat dan sihat jer.... Kalau awal2 tau mengandung, sure xleh pegi MAHA... kempunanlah nenek Ani... nasib baik sempat pegi... Senanglah sikit hati Nek Sun, ibu dah pregnant, hehe...


Ini gambar Ibu n Ayah yang gembira...

Masa ni, dalam bulan Disember 2006 (Iman was 2 months in the womb), bermulalah episod bahagia Ibu and Ayah. For the first 3months, Ibu had some trouble adjusting Iman the womb (betul ke ayat ni?, xpelah....) Ibu muntah pagi, tengahari n kekadang malam... And yang paling x boleh dilupakan bila Ibu kena bangun pukul 2/3 pagi untuk makan biskut... kalau tidak, angin jer dalam perut. Ibu has a bad angin inside my body. Terrible...
Susu Ibu minum hari2, enfamama coklat... time tu Ibu xleh minum susu putih, rasa x sedap... And, yang buat susu adalah Ayah. Everyday, without fail, walaupun ada kot tertinggal sesekali bila Ayah tertido...

Makan kekadang takde selera... Tapi, untuk menyenangkan hati Ayah and nenek Ani, Ibu telan jelah apa yang boleh... Masuk bulan ke-4, alhamdulillah, Ibu dah semakin OK... Ibu makan apa sahaja n appetite Ibu semakin meningkat... Ibu semakin gemuk, dan menampakkan perubahan ketara di muka and the whole body... Semua kena pakai baju baru.... Ibu adalah beli baju ngandung 2-3 pasang (seluar), tempah baju ngandung kat Kak Nora Putrajaya and beberapa helai ihsan maklong Intan and Anlin.

Dalam bulan Januari 2007, Ayah dapat berita yang kurang (ke banyak sebenarnya???????) gembira... Ayah kena transfer ke Kota Bharu, Kelantan... masyaAllah... the last place in Malaysia yang Ibu and Ayah nak pegi.. xtau kenapa kitorang ni skeptik sket pasal kelantan... sorry org2 kelantan.... tapi, ini yang dikatakan Allah nak tunjuk... x suka kelantan? Nah Aku hantar korang pegi kelantan... *illustrasi* So, selepas beberapa rayuan di tolak, akhirnya bulan Mac 2007, Ibu, Ayah n Iman dalam perut pun bergerak ke Kelantan...

And bermulalah episod Ibu, Ayah and Iman dalam perut di Kelantan ber*tiga* di sana....

Ni gambar bilik rumah kita kat KB masa mula2 masuk...

Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 05:17 Email | Share | | Bookmark
The Day I was Born

 
 
 
View all 18 photos...
Kalau kat Kajang, Ibu selalu buat check-up kat az-Zahrah. Kalau kat KB lak pegi dekat Klinik Perdana. Kat situ ada pakar Kanak-kanak nama dia Dr. Nazli (Dr perempuan yang cantik, bergaya n hudband dia pun doktor kat klinik tu gak...) Dr. Nazli adalah salah sorang penasihat bagi paedetric Malaysia. So, kira canggih lah kan, pegi doktor pakar banget... Tapi, pegi klinik tu free jer sebab LHDN cover. Iman, please say thanks to LHDN... Alhamdulillah, inilah rezeki Iman kat KB. Dapat doktor yang best!

Sepanjang Ibu mengandungkan Iman, Ibu ni rajin baca buku... xkisahlah buku apa pun... Ibu habiskan baca kisah2 Nabi, Ibu banyak kan baca surah Yasin, al-Luqman, Maryam dan Yusuf, and Ibu selalu bacakan Iman buku2 ABC, colours, My Body, etc.... Sebab tulah Iman suka n excited sangat tengok and koyakkan buku and newspaper...

Bila Iman dah masuk 8 bulan, Ibu mula start buat check-up di Pusat Perubatan An-Nisa'. Pusat perubatan klinik yang dah buruk sket bangunan dia... Maklumlah klinik lama sket... Masa nak pilih Hospital mana Ibu plan nak bersalin, adalah beberapa choices. Ada Hospital Pakar Perdana (sini mahal sangat woohhhh.....), ada Kota Bharu Medical Centre (macam x cool hospital ni...) ada hospital-hospital kerajaan (em... yang ni no comment....)... Tapi, bila Ibu and Ayah pegi Pusat Perubatan An-Nisa' tu, rasa mcm best jer kat situ...bilik dia pun besar jer... So, OKlah...

Buat check-up dengan Doktor Roseliza and Doktor alamak, dah lupa nama dia... So, rutinlah pegi check seminggu sekali bila pregnancy dah masuk 8 and 9 bulan... Iman dalam womb was OK, alhamdulillah... Iman masa dalam womb selalu tendang2 Ibu especially kalau Ibu ikut Ayah main futsal. Kalau kat tempat futsal jer.. Iman mesti tendang perut Ibu beria-ia. No wonder Iman suka main ball sekarang...

Ibu seperti biasa, suka makan, makan, makan, makan... Ayah pun suka jer layan Ibu makan sebab Ayah pun sama dapat makan Ibu masih ingat... Ayah suka "curi" ayam goreng Ibu... Ibu n Ayah ni suka sangat ayam goreng, tapi, kalau KFC tu biasa2 jer... suka ayam goreng kat Zakini... so, bila Ibu makan ayam goreng yang part drumstick or thigh tu, belum sempat Ibu melicinkan tulang2 nya, Ayah dah cekup dah... haduh... kekadang kempunan gak... tapi, apa boleh buat... suami Ibu sendiri, xpelah... halal je lah.... I love you still Darling....

Masa 07.07.07, Ibu pergilah buat check-up seperti biasa. Bila doktor check, dia kata air ketuban dah semakin kurang... Ibu kena buat test dengar jantung baby (hapekebende ntah nama machine tu… Ibu x ingat, Ibu xleh plak upload gambarnya…).Doktor kata kalau banyak contraction, kena bersalin hari tu jugak... Bila dah check, Doktor kata dah ada contraction (walaupun Ibu tak merasainya sangat...) tapi, taklah tinggi sangat kadar contractionnya, so, doktor suruh datang balik bila kandungan dah cukup 38 minggu that is on the 10th of July 2007 untuk melahirkan Iman. Wah, dah dapat tarikh nak bersalin... Ibu and Ayah pun excited...
Lepas je dapat tahu nak kena bersalin 10hb, Ayah pun call nek Sun suruh datang KB... nek Ani xleh datang sebab masa tu mak long Intan pun tengah mengandungkan Adik Syasya (Tiara Nur Eriesya)... Ibu pulak, dah tahu nak bersalin, Ibu pun makanlah puas2 apa Ibu nak makan. Aiskrim lah, durian lah, semua jenis fast food n etc.... Ibu risau nanti masa time pantang xleh makan semua2 tu....

Dari 7hb ke 10hb tu Ibu and Ayah terasa laaaaaaaaaaaaaamanya..... yelah excited nak dapat baby... 9hb Ibu pun MC utk merehatkan diri di rumah... hehe, sebenarnya Ibu malas dah nak pegi keje.... Pagi 10hb tu Ibu and Ayah pun pegilah ke hospital.... Masuk Wad Cinta 2, terus pasang machine kat atas tu lagi... lepas tu doktor masukkanlah the 1st induce... Tunggu punya tunggu, xde plak rasa sakit... Dah tengahari, Ibu nak makan pizza, Ayah pun suka kan jelah beli utk Ibu sebab Ayah boleh makan sekali, hehe... Lepas makan, doktor masuk kan 2nd induce... tak sakit gak lagi... Ada contraction, tapi, Iman baik, x sakitkan Ibu... thanks Allah... and akhirnya masukkanlah the 3rd induce... dah pukul 8 ke 9 lebih, adalah sakit sikit, pastu sakit lebih sikit, tapi, kat perut sebelah kanan jer... heran gak, napelah kat sebelah kanan jer... Doktor pun scan... rupa2nya... anak Ibu and Ayah ni, kepalanya mendongak sket kat sebelah kanan... itulah tak masuk saluran... lepas tu, baby Ibu and Ayah ni beratnya pun boleh tahan gak... Doktor Rose budget dalam 3.5kg...

So, Ibu and Ayah disuruh berdoa semoga Iman punya kedudukan akan betul and boleh bersalin secara normal, kalau tak, shreeeeeeeeeeeeeeet...... ceasar... Maka, Ibu and Ayah pun berdoa... juga Nek Sun, Nek Ani and semua2 lah sedara mara kita... Ibu plak telefon Tok Mad. Tok Mad x fikir panjang, malam tu jugak naik train dari Mentakab ke KB.... Malam tu, semua orang berharap Iman tidak akan mendongak dan masuk ke saluran yang betul utk deliver...

Rabu, 11hb Julai 2007, 26 Jamadilahir 1428H, Doktor Rose, pagi lepas subuh jer terus check Ibu, and confirm Iman masih mendongak. So, apalagi ceasar lah... xpe.... asalkan Ibu and Iman selamat... pagi 9.15 masuk OT, 9.41 alhamdulillah Iman selamat dilahirkan...Bestnya... Ibu and Ayah dah jadi Ibu and Ayah... nek Sun pun jadiklah nenek, Mak Su, Mak Long Yus and Pak Ngah jadiklah Mak Su, Mak Long Yus and Pak Ngah ... alhamdulillah...

Dan betullah seperti yang dijangkakan, anak Ibu and Ayah seorang perempuan @ girl... Dengan berat 3.5 kg, panjang 51 cm Iman dilahirkan dengan cukup sempurna…alhamdulillah penyambung warisan Yusaini-Izlawanie. Nama Iman Yusrina dipilih kerana:
1. Ibu nak nama anak Ibu start dengan huruf I. Sebab kalau dalam kelas, xlah dok belakang sgt. Tapi, kalau sekolah agama, you'll be among the first in the list!
2. Ayah plak nak nama Iman ada iras2 nama ayah. So, Yusrina lah...
3. Iman tu sebab Ibu and Ayah nak semua anak2 Ibu and Ayah ada pangkal nama yang sama... so, letaklah Iman... sounds like a boy... but, it is not... it fits both...

Masa Iman lahir, yang sambut Iman dua-dua doktor pakar - Dr. Rose and Dr. pakar lagi sorang tu... Dua-dua ada sebab: Ibu nak simpan kan blood cord Iman. So, since Iman lah baby pertama kat Pusat Perubatan An-Nisa' tu yang simpan blood cord under Stem Life, so, dua-dua doktor nak ambik experience tu... alhamdulillah, thanks Allah for all the greatest things....
Doktor kata, bila dia belah jer perut Ibu, air terpancut2 and berderu2 keluar sebab the contraction was so strong.. But, miraculously, Ibu didn't feel a slight pain... alhamdulillah....
Bila Ibu tengok nurses pegang Iman yang disaluti lemak2 putih (hasil pemakanan Ibu yang banyak lemak kot...), ya Allah... betapa sayunya hati ini... betapa besarnya ciptaan dan kurniaan Allah kepada Ibu and Ayah...semoga dengan azan yang dilaungkan kepada Iman disaat Iman dilahirkan itu akan terus menjadi azimat dan pendinding Iman dalam dunia yang penuh dengan cubaan dan rintangan ini, insyaAllah....


tarikh tu salah setting... tarikh sebenar: 11.07.2007

Add comment


Friday, 13-Jun-2008 05:53 Email | Share | | Bookmark
Me From Birth until 1 Month

I am one of the Greatest Gifts from Allah to Ayah & Ibu

well done mimi!~
iman dah ade fotopage sendiri. oyeh!
siap da pandai collage photos lagi tu..caya lah ibu iman
Mon 16-Jun-2008 06:15
Posted by:saya aqidd  - [Link]
Add comment


Thursday, 12-Jun-2008 05:15 Email | Share | | Bookmark
When I was in Ibu's Womb

 
 
 
View all 20 photos...
Hmmm... Finally Ibu wants to create my own fotopages. Thank you to aunty Eja for giving tutorials to Ibu
Assalamualaikum to all. My name is Iman Yusrina.
Of course when I was in my Ibu's womb, nobody can actually can tell my gender. It's Allah's decision...

This is me. Hehe, hidungnya kembang... tapi, xpe, to ease breathing!



I stayed here for 38 weeks.

This is Ibu. Her weight increased by 24 kg during my stay in her womb.



Now she has troubles to lose weight, heheh... Don't worry Ibu, you're still beautiful in Iman and Ayah's eyes...

Since, this is the first post, Ibu is still struggling to master this application. So, I'll come back for more posts...


at this time ibu was so garang....hehe Mon 30-Jun-2008 05:34
Posted by:Ayah
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen5.pidgintech.com